Sunday, February 20, 2011

Ketagih nak g siam!~

aSSaLamMualaiKum.

Gua nak karang post nie laju laju kerana gua dalam keadaan nak ter"pee" karang kalau gua dah ter"pee" idea nie hilang pulak .. Gua rasa gua rindu Siam. Gua rindu makanan siam , Gua rindu Hotel yang cantik cantik kat siam tapi murah, gua rindu tuhan .. ( yang last mesti bole cover yang len len kan ).. eh! abah gua panggei .. satgi gua sambung balik .

Tuesday, February 15, 2011

Tak de masa nak huha! Huha! Dah...

Wah!! Gua tak sangka dengan menggunakan phone gua.. Gua juga boleh mengarangkan ( bahasa ah yeow) blog juga.. Ini sudah dikira awesome!!

Sejak akhir akhir nie gua sangat sebok.. Padahal tak da menda pun yang gua buat.. ok, gua kasi kensel ayat tadi, gua buat yang baru..sejak akhir akhir ini gua ada siiikkiiiiitttt sebok.. Cun. Bukan apa .. Gua sebok ngan bisnes baru gua. Alat tulis dan photostet...

Gua rasa gua da bekerja keras untuk bisnes gua.. Kedai gua ni pun gua tengok macam bole tahan , tapi masih ada segelintir (rasa terer pulak pakai word segelintir) manusia di sekitar nie yang tak faham menda apa yang aku buat dalam kedai nie ..

Cerita 1,
petang, dalam 6@7 ferbruari lalu, ada makcik tua gua nampak dari jauh datang dengan tangan terkatar2 menghala ke kedai gua.. Gua bajet mesti makcik nie nak beli pen atau Surat khabar utusan jawi, takkan makcik tu nak beli liquid paper. gua pun standby la ngan senyuman manis, bila da sampai kat kedai gua, dia tercangak2 dalam kedai dan gua pun dengan nada lembut yang sangat pun bertanya , ya makcik? Makcik tu pun jawab, santan ada?.......... Santan? Apekah?

Cerita 2

Ada paklong sorang nie.. Datang kedai kelam kabut bawak cucu dia .. Tinggal kat kaki lima kedai gua.. Dia bagitau kat asisten gua, tepi bagi
Nipis, atas biaq panjang sikit.. Aaaa!! Kedai gua ada nampak macam kedai gunting rambut ke??

Kecik ati gua!