Monday, January 17, 2011

Kerjaya Baruku

Assalamualaikum ..

Gua boring .. gua tak da kerja skarang nie .. 5 menet skali gua betulkan rambut .. rambut gua bukan ada sanggul pun .. tapi saja ja .. nama pun boring .

Nukilan boring nie gua post sebab gua boring .. korang pun mesti dah start menyampah bila baca menda nie kan? skarang gua nak citer bab menda baru yang mungkin mengubah hidup gua lepas ni .

Skarang nie gua tengah nak setup 1 business. Alat Tulis ngan Photostat . Bole ke gua kaya buat menda nie ? bole ke gua pakai BMW 5 Siries macam anak makcik Solehah ? ( Tak wujud pun makcik ni.. ) tapi gua pasrah . untung sabut timbul , untung batu tenggelam , kalau gua salah bagi simpulan bahasa , korang jangan marah , Gua bukan Karam Singh Walia .
Sebenarnya gua agak takut bila nak bukak ini bisnes , bukan apa, modal ciput, nak masuk kedai pun dah 6 ribu . kedai nak kena load barang barang . mesin nu mesin ni . adoyai .. RM20K mana cukup .

 Gua rasa nak kena rompak kedai pacak gadai apek sebelah la .. amik lagi 50K wat modal . hkahaka..
Dah 18 malam gua tak tido lena . ok gua tipu . 2 malam . hari hari gua gadoh ngan abah gua . hari ni pun ayah gua dah kirim beli sarung tangan dengan first aid kit untuk gadoh malam nie . Gua pun ada sulam gak tengok Youtube " Bagaimana Nak Melawan Dengan Ayah Tanpa Dosa" masa tengah karang ini blog . tapi tak pa, ayah gua ada pesan "biar bergadoh awal awal daripada nak gadoh kedepan hari" gua pun fiikir .. betol gak.

Tapi apa apa pun gua kena cuba gak . takkan gua nak keja ngan orang sampai bila bila . gua kena langkah maju kedepan . bak kata pepatah "kalau rebung katakan rebung, kalau kambing jangan disangka tiada taring" itu yang gua pegang start dari besok sampai 13 haribulan 2/2011.

Ok lah , Gua pun dah abih modal nak merapu dah . gua harap kalau korang nak beli liquid paper dengan manila kad , korang datang la beli kat kedai gua .


P/S : gua PASTI korang mesti jemu baca ini post. tak pe tak pe .. gua letak satu gamba . lagi satu . peribahasa tadi gua tipu. hahaha

Ok. ni Makcik Solehah yang gua citer tadi . korang tak caye cari kat google image . tapi anak dia tak pakai BMW 5 Series la . Anak  dia keja posmen kat Pantai Remis. Ok tipu.

Saturday, January 8, 2011

Kapitan's : Antara Hidup Untuk Makan @ Makan Untuk Hidup!!~


Restoran Kapitan.
Gua ngan member gua ngan member gua ngan member gua .. ( korang sambung sampai klua buih putih kat tepi mulut macam mulut Shabery Cheek ) memang sangat suka makan kat ini tempat. Smalam pun gua ada pegi jugak ngan bos gua kat Kapitan's yang dekat dengan Terminal Feri tu .. ( Sori, gua "ubi" jalan jalan kat penang )


Gua heran kenapa orang suka sangat makan kat ini tempat . tempat lain pun ada jugak nasik beriyani . tapi kat sini jugak gua ngan membe gua ngan member gua ngan member gua... ( sama macam kat atas tadi .. tolong sambung ) lepak makan. Dah la panas .. orang berjuta, ok tipu. beratos . 



tapi yang gua agak bangga. mat salleh pun banyak gak makan kat sini .. reti ke dorang makan nasik ? reti ke dorang minum teh tarik ? tapi takkan tak reti ? 1 doonia makan ikut mulut , bukan ikut suka hati mak bapak dorang ( apa aku merepek ni ?? ) ok .. bukan ikut pusat . 

gua sebenanya takda la sangat crita nak hebah kat korang ,blog gua nie pun takda pengikut lagi ... cuma .. kalau korang rajin baca la sket info nasik beriani kat bawah nie . gua pun tibai ini info dkt blog orang laen .. hahaha.
Nasi Beriani Gam atau masakan nasi beriani Melayu dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu oleh pedagang-pedagang Arab melalui Singapura. Nasi beriani dimasak menggunakan beras panjang bersama rempah ratus yang digoreng sebelum ditanak berasnya.
Nasi beriani asal usulnya dari perkataan Parsi ‘baria’ bermaksud memasak atau merebus makanan. Masakan ini dikatakan berkembang dari Parsi ke Timur Tengah dan mendapat tempat istimewa diIndia oleh kerajaan Mogul.
Nasi Beriani Gam, juga dinamakan Nasi Beriani Dam atau Dum, di masak dengan memasukkan ketulan daging yang telah diperap semalaman di dalam periuk bersama ‘lapisan’ beras. Hasilnya, nasi beriani gam berasa herba rempah, dan berpati lemak dan ‘manis’ daging. Mungkin disebabkan oleh kemasukkan resipi ini melalui Singapura, rakyat Melayu Negeri Johor memperbaharui resipi ke selera Melayu maka tercipta lah Beriani Gam Johor(sila lihat gambar).
Beriani Kambing kesukaan ramai dari mula beriani dicipta
Pada masa sekarang, Nasi Beriani atau Nasi Beriani Gam mendapat tempat di Malaysia sebagai makanan istimewa untuk keluarga ataupun untuk keraian seperti majlis perkahwinan atau majlis rasmi syarikat.



Friday, January 7, 2011

Manusia punya habit .

Assalamualaikum...

Tajuk manusia punya habit ni merupakan post pertama aku dalam blog ni . aku tak pandai nak karang ayat panjang panjang macam blogger lain .. blogger yang aku kenal pun tak ramai . sorang ja .. tu pun Maria Elena . kalau nak buat idola pun tak bole jugak sebab aku kenal sorang tu ja.. mesti ada ramai lagi blogger blogger lain yang best.

Untuk pengetahuan korang. Aku nie jenis orang yang suka perati orang lain. aku juga suka komen orang lain walaupun aku tak lah seperti Aaron Aziz . Manusia nie tak leh lawan fitrah kan ? Suka buat menda menda yang orang lain bole jangka .

    • Korang penah tengok tak orang mandi kat tepi pantai .. pastu hujan ( hujan renyai sikit je ) .. pastu kemain ramai lagi orang yang mandi lari masuk bawah pondok. cuba pikir .. mandi pun da basah dah, lagi mau lari dari ujan .
    • Ok. yang ni pulak, pengalaman gua sendiri masa kat spital Kuala Lumpur, masa tu gua tengah tunggu member gua amik ubat . Gua ternampak ada sorang apek nie tengah tunggu sapa ntah, lepak atas moto, macam yang gua cakap tadi, gua suka perati orang, Dalam 5-6 minit pastu gua nampak apek tu korek idung dia pakai jari kelingking, ( ye la .. takkan nak pakai ibu jari pulak kan ?) . ok , yang tu pass, pastu yang tak tahan, apek tu gentel "bijih timah" tu dekat² 5 minit . nak je aku g tepuk bahu apek tu lantas berkata "Uncle.. da cukup BooOolat dah tu" .. tapi aku cakap dalam ati je la .. 



      • Gigit Kuku. Satu lagi menda yang gua paling "Bara" kalau tengok . Gua ada member duduk area area rumah gua , nama M****** , dia punya habit suka gigit kuku , gua tengok first taim dulu waktu skolah rendah,  memang menyampah, hahahahha,, sori M*****!!~ lepas dia gigit jari dia , gua bagi dia leka dulu, pastu gua jeling jari dia .. mak aiii.. kuku yang lekat di jari dia tinggal sikit je .. bergerigi pulak tu .
      • banyak lagi habit yang gua rasa sesuai nak post kat sini tapi aahh.. maleh .. hehe