Saturday, January 8, 2011

Kapitan's : Antara Hidup Untuk Makan @ Makan Untuk Hidup!!~


Restoran Kapitan.
Gua ngan member gua ngan member gua ngan member gua .. ( korang sambung sampai klua buih putih kat tepi mulut macam mulut Shabery Cheek ) memang sangat suka makan kat ini tempat. Smalam pun gua ada pegi jugak ngan bos gua kat Kapitan's yang dekat dengan Terminal Feri tu .. ( Sori, gua "ubi" jalan jalan kat penang )


Gua heran kenapa orang suka sangat makan kat ini tempat . tempat lain pun ada jugak nasik beriyani . tapi kat sini jugak gua ngan membe gua ngan member gua ngan member gua... ( sama macam kat atas tadi .. tolong sambung ) lepak makan. Dah la panas .. orang berjuta, ok tipu. beratos . 



tapi yang gua agak bangga. mat salleh pun banyak gak makan kat sini .. reti ke dorang makan nasik ? reti ke dorang minum teh tarik ? tapi takkan tak reti ? 1 doonia makan ikut mulut , bukan ikut suka hati mak bapak dorang ( apa aku merepek ni ?? ) ok .. bukan ikut pusat . 

gua sebenanya takda la sangat crita nak hebah kat korang ,blog gua nie pun takda pengikut lagi ... cuma .. kalau korang rajin baca la sket info nasik beriani kat bawah nie . gua pun tibai ini info dkt blog orang laen .. hahaha.
Nasi Beriani Gam atau masakan nasi beriani Melayu dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu oleh pedagang-pedagang Arab melalui Singapura. Nasi beriani dimasak menggunakan beras panjang bersama rempah ratus yang digoreng sebelum ditanak berasnya.
Nasi beriani asal usulnya dari perkataan Parsi ‘baria’ bermaksud memasak atau merebus makanan. Masakan ini dikatakan berkembang dari Parsi ke Timur Tengah dan mendapat tempat istimewa diIndia oleh kerajaan Mogul.
Nasi Beriani Gam, juga dinamakan Nasi Beriani Dam atau Dum, di masak dengan memasukkan ketulan daging yang telah diperap semalaman di dalam periuk bersama ‘lapisan’ beras. Hasilnya, nasi beriani gam berasa herba rempah, dan berpati lemak dan ‘manis’ daging. Mungkin disebabkan oleh kemasukkan resipi ini melalui Singapura, rakyat Melayu Negeri Johor memperbaharui resipi ke selera Melayu maka tercipta lah Beriani Gam Johor(sila lihat gambar).
Beriani Kambing kesukaan ramai dari mula beriani dicipta
Pada masa sekarang, Nasi Beriani atau Nasi Beriani Gam mendapat tempat di Malaysia sebagai makanan istimewa untuk keluarga ataupun untuk keraian seperti majlis perkahwinan atau majlis rasmi syarikat.



No comments:

Post a Comment